Menggemparkan Catatan 4 Atlet Paralimpik Atasi Pemenang Emas Olimpik


RIO DE JANEIRO - Tiada yang mustahil. Itu ayat yang sesuai diucapkan kepada atlet istimewa dari Algeria, Abdellatif Baka pada temasya Paralimpik Rio 2016 di sini.

Dia bukan sahaja berjaya merangkul pingkat emas bagi acara 1,500 meter T13 (masalah penglihatan) dengan catatan masa 3 minit 48.29 saat, tetapi juga mencatat rekod dunia baharu apabila mengatasi catatan masa pemenang Olimpik, bulan lalu.

"Bukan mudah untuk mendapatkan pingat emas ini. Saya sudah berusaha gigih dalam tempoh setahun hingga dua tahun ini dan ia sangat sukar buat saya, "kata Abddellatif.

Lebih mengejutkan, bukan sahaja Abdellatif, pemenang tempat kedua hingga keempat bagi acara itu juga mencatatkan masa yang lebih baik daripada pemenang emas di Olimpik Rio dari Amerika Syarikat, Matthew Centrowitz (3: 50.00s).

Dalam kemenangan itu, Abdellatif lebih pantas 1.7 saat daripada Centrowit. Manakala, tamiru Demisse dari Ethiopia yang meraih pingat perak, mendapat catatan 3: 48.49s. Kedudukan ketiga pula milik atlet Kenya, Henry Kirwa dengan catatat 3: 49.59s.

Sementara itu, di kedudukan keempat, Fouad Baka, yang juga kembar Abdellatif mencatatkan 3: 49.84s. 

No comments

Powered by Blogger.