Keunikan Senibina Menara Kapsul Nakagin Di Tokyo, Apartment Pertama Di Dunia
Keunikan dan keindahan setiap senibina dilihat dari segi rekabentuknya, baik dari segi luaran mahupun dalaman. Jika pelukis berkarya melalui lukisan, arkitek pula berkarya melalui rekabentuk binaannya.
Tokyo, salah satu negara paling terkenal di dunia. Sebut sahaja Tokyo, anda pasti sudah terbayang kemajuan pembagunan bandar metropolitan ke dua terbesar di dunia ini.
Bermula pada era 2000, kita boleh lihat banyak hotel-hotel atau pun tempat rehat yang menggunakan tema ‘kapsul’ untuk menjadikannya unik dan menarik yang luar dari kebiasaan. Idea ini mendapat sambutan yang baik, sehingga boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai hotel kapsul tersendiri termasuk Malaysia.
Pada abad ke 20, banyak dari kalangan arkitek Jepun mula bereksperimen untuk menghasilkan rekabentuk senibina yang unik. Mereka cuba mencipta habitat baru untuk dunia moden dan dalam masa yang sama ia juga mestilah mengekalkan nilai-nilai yang dipandang sebagai simbol budaya pasca perang Jepun.
Salah-satunya adalah menara kapsul Nakagin di Tokyo. Menara kapsul atau Nakagin Capsule Tower ini terletak di Shimbashi, Tokyo. Ia sudah dibina sejak tahun 1972 lagi. Terdiri dari 140 kotak kapsul, menara ini juga dikatakan sebagai apartment pertama di dunia.
Senibina bangunan ini direkabentuk oleh Kisho Kurokawa, seorang arkitek terkenal di Jepun pada masa itu. Melihat konsep dari rekaannya, ia bagaikan mencipta sesuatu yang unik 40 tahun mendatang. Cool!
Kapsul ini berkeluasan 250 x 365 x 213 cm, idea kreatif meminimumkan ruang sebagai kediaman yang cukup selesa. Kalau teruja untuk tinggal disini, jangan risau kerana anda boleh menyewanya di AirBnB.
Sumber: JPNINFO
Post a Comment