Inilah Perkara Yang Lebih Bahaya daripada Merokok


MEROKOK sangat merugikan diri kita. Badan kita akan rosak jika merokok. Bahkan, ketika kita merokok, sama halnya kita sedang membunuh diri kita sendiri secara perlahan. Tapi, tahukah anda, bahawa ternyata ada hal lain yang lebih berbahaya daripada merokok?

Meninggalkan solat itu lebih bahaya daripada merokok. Benarkah? Ya, kita lihat sahaja. Merokok hanya akan merosakkan tubuh manusia saja. Dan di akhirat kelak, ia akan mempertanggungjawabkan dalam menjaga kondisi tubuhnya.

Sedangkan meninggalkan solat itu akibatnya sangat fatal. Selama hidup di dunia, ia tidak akan merasakan keberkatan hidup. Meski terlihat begitu bahagia di mata manusia, tetapi tidak seperti apa yang ia rasakan. Ia selalu merasakan keresahan dan kegelisahan yang tiada bermakna. Mengapa boleh begitu? Sebab, hatinya sudah jauh dari Allah, akibat enggan bersujud kepada-Nya. Jika sudah jauh, maka hidup pun tidak akan tenang.

Kita hidup di bumi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apabila kita tidak mengikuti perintah-Nya, apakah kita tidak merasa malu masih menjejakkan kaki di bumi-Nya ini? Hanya orang-orang yang tak mempunyai hatilah yang tidak merasakan malu itu. Hingga akhirnya, ia sendiri yang mengalami kesukaran dalam mengurus diri. Sebab, pertolongan Allah tidak menyertai dirinya.

Seseorang yang enggan bersujud kepada Allah pun, sudah pasti di akhirat kelak akan memperoleh siksa yang amat pedih. Memandangkan, sembahyang adalah perkara pertama yang akan ditanya dan dihisab di hari penghakiman Allah.

Jika solat saja sudah ditinggalkan, maka menjawab perkara lain pun akan sukar. Sebab, solat adalah kunci dari semua amal ibadah lainnya. Jika solatnya baik, maka baik pulalah amal ibadah lainnya. Begitu pun sebaliknya. Jika solatnya buruk, maka buruk pulalah amal ibadah lainnya. Hasilnya, neraka Jahannam tempatnya. Naudzubillah.

Begitu membahayakannya jika kita tinggalkan solat. Di dunia saja sudah sengsara, apatah lagi di akhirat kelak. Maka dari itu, jangan pernah cuba untuk tidak melaksanakan solat meski hanya satu masa pun.

Jika kita sudah membiasakan diri untuk terus melaksanakan perintah Allah yang wajib ini, maka perintah Allah yang lain pun pasti akan kita laksanakan. Termasuk dalam meninggalkan perkara yang merugikan diri sendiri, yakni merokok. Ketika kita tidak sayang pada tubuh sendiri, cuba semak lagi rasa sayang anda pada Allah. Sebab, Allah-lah yang menciptakan tubuh.

Mulakan dengan memperbaiki hubungan anda dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui solat. Solat yang asalnya tidak solat. Yakni harus disusuli dengan ilmu dan berusaha untuk khusyuk. Dengan begitu, akan mudah bagi anda meninggalkan perkara yang merugikan diri sendiri itu.

No comments

Powered by Blogger.