Inilah Contoh Resume Terbaik Yang Boleh Dicontohi

                 

Saya pasti kebanyakkan masih yang tidak faham apa itu resume. Dah habis belajar pun masih ada yang tertanya-tanya resume ni apa? Sebenarnya, korang tahu tak resume ni penting untuk korang bagi memohon pekerjaan. Kalau nak tahu ..jom kita baca selanjutnya di bawah.

Apa itu Resume?

Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.

Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV)?

Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.

Jenis-jenis Resume:

Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.

1) Chronological Resume

Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.
LIHAT FORMAT

2) Functional Resume

Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja. LIHAT FORMAT

3) Combination Resume

Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan. LIHAT FORMAT

Sebenarnya tiada format rasmi menulis resume. Ianya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi, maklumat yang lengkap dan tepat perlu diberikan semasa menulis resume. Jangan tipu panel penemuduga ya ;) Resume terlalu panjang tidak bagus sebab susah hendak dibaca. Terlalu pendek pun tidak bagus sebab banyak maklumat yang akan tertinggal.

Resume boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Butiran yang perlu ada semasa meulis resume:

1) Maklumat Peribadi
2) Objektif & Matlamat Kerja
3) Maklumat Pendidikan (SPM & ke atas)
4) Maklumat Kerjaya (Bagi yang pernah bekerja)
5) Sumbangan & Pencapaian
7) Kemahiran
8) Kekuatan Peribadi (optional)
9) Rujukan (optional)

               
               

Nota tambahan: (* Bagi Fresh graduate) :

Kalau tak pernah bekerja, maklumat kerjaya tak perlu ditulis.
Kerja part time walaupun 1 bulan dikira sebagai pengalaman kerja :) tulis je apa-apa kerja yang pernah dilakukan sekalipun.

Sumbangan & pencapaian semasa di Institusi pengajian boleh juga diberikan.

  Contoh:

1. Mewakili IPT menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara Badminton, tempat ke-2
2. Menyertai Pertandingan Inovasi anjuran IPT
3. Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar.
4. Menyertai misi bantuan kemasyarakatan di Kemboja dan sebagainya.

Contoh lain bagi Objektif dan Matlamat Kerjaya (apa yang anda ingin capai dan laksanakan):

1. berhasrat meningkatkan mutu dan kualiti jabatan melalui prestasi kerja yang unggul.
2. membina kerjaya cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan negara.
3. melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, cepat, amanah serta bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.