Gambar Majlis Resepsi Kedua, Nazim, Bella Pilih Tema Klasik
WOW, pasangan selebriti ini kelihatan sangat segak dan menawan persis putera dan puteri raja di majlis resepsi kedua mereka yang diadakan di sebuah hotel di Johor Bahru, malam semalam.
Nazim Othman dan Bella Dally memilih songket berwarna maroon sebagai busana pengantin yang merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Memang tak berkelip saat menatap potret-potret indah pasangan mempelai ini yang dibidik jurugambar profesional.
Nazim dan Bella telah diijabkabulkan pada 10 September lalu di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah dan majlis resepsi sebelah pihak perempuan diadakan sehari selepas itu.
Antara rakan artis yang turut hadir pada majlis itu ialah Fasha Sandha dan Sasqia Dahuri. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment