Dua Siri Animasi Terbaru Dari Animonsta Sedang Dibangunkan
Selain dari sesi perkongsian yang dijalankan oleh MDEC & MATRADE di Tokyo Game Show, terdapat juga startup lain yang sedang giat mempromosikan hasil karya mereka kepada pengguna Jepun. Animonsta dengan kerjasama Imagica South East Asia telahpun mengadakan pra-tonton filem animasi Boboiboy The Movie bersama pengedar filem dari Jepun.
Dalam berkongsi mengenai hasrat mereka untuk memasarkan Boboiboy di pasaran luar negara, mereka kini sedang ditahap akhir untuk membawakan Boboiboy di Korea Selatan. Mereka juga sedang dalam proses untuk membawakan siri animasi dan juga filem animasi Boboiboy di China menerusi platform penstriman LeEco (yang dahulunya dikenali sebagai Letv).
Selain dari itu mereka turut berkongsi mengenai dua siri baru yang bakal memulakan pembikinan tidak lama lagi. Salah satunya dibangunkan untuk kategori pra-sekolah (berumur 3-6 tahun) dan satu lagi siri animasi baru disasarkan untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Kedua-dua siri animasi ini bakal disiapkan sekitar tahun 2018 atau 2019.
Animonsta sebelum ini juga telah bekerjasama dengan syarikat permainan Jepun yang popular iaitu TOMY dalam penghasilan permainan bagi siri Boboiboy Galaxy yang dijangka akan menemui penonton seawal bulan Mac 2017.
Post a Comment