Amazon Secara Tidak Sengaja Dedahkan iPhone 7 Kepada Umum Lebih Awal Dari Apple
Apple sangat berahsia dengan iPhone 7 mereka kali ini. Yang kita dapat cuma rumours dan tiada rupa sebenar iPhone 7 muncul.
Tetapi nampaknya Amazon.com secara tidak sengaja telah mendedahkan beberapa fungsi pada iPhone 7 lebih awal daripada event iPhone 7 oleh Apple. Setakat ini, Amazon telah mendedahkan beberapa fungsi penting yang akan ada pada iPhone 7 nanti antaranya;
1. iPhone 7 akan mempunyai dual-camera. Kameranya akan lebih besar daripada kamera iPhone generasi yang lalu.
2. Bahagian aksesori produk iPhone 7 cuma menawarkan headphone bluetooth; memberi hint kemungkinan besar iPhone 7 tidak mempunyai lubang jack headphone.
Kalau anda cari iPhone 7 di Amazon ketika ini, gambar ini yang akan keluar. Rasanya team Amazon sudah perasan yang mereka sudah tertiriskan gambar iPhone 7 kepada umum.
Nampaknya Huawei P9 Leica bakal berdepan saingan iPhone 7 yang turut mempunyai dual-camera seperti Leica. Tak sabar tunggu bagaimana gambar yang dapat dihasilkan dengan iPhone 7 ini nanti.
Sumber: BUSINESS INSIDER
Post a Comment