5 Cara Mengecilkan Pipi Tembam Dengan Efektif
Mengidamkan pipi yang kecil dan sesuai dengan rupa bentuk muka anda?
Tanya sahaja kepada mana-mana jejaka, pasti mereka suka jika perempuan itu mempunyai pipi tembam. Bagi kaum Adam, ia adalah tanda sebagai seseorang wanita itu comel dan gebu. Namun lain pandangan bagi pihak perempuan pula, bagi mereka pipi tembam adalah merimaskan.
Bukan setakat merimaskan,malahan ada wanita beranggapan jika mereka memiliki pipi tembam, ia seolah-olah melambangkan mereka ini sudah tergolong di dalam golongan ‘wanita gemuk’.Semua ini boleh menjejaskan keyakinan diri mereka untuk berhadapan di khalayak umum.
Terdapat pelbagai langkah untuk mengecilkan pipi anda. Antaranya ialah:
1. Mengunyah Chewing Gum
Chewing gum bukan sahaja mampu untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan stress bagi sesiapa yang mengunyahnya. Bahkan ia juga boleh membantu mengecilkan pipi anda.
Apabila anda menguyah chewing gum ia akan membuatkan semua otot di muka anda, terutama di bahagian pipi akan bergerak dengan pantas. Selain itu, ia juga dapat membina otot di atas pipi anda. Jelas, chewing gum adalah antara salah satu cara yang efektif untuk mengurangkan masalah pipi tembam.
2. Lakukan Senaman Rahang
Mesti anda jarang mendengar tentang senaman rahang bukan? Senaman bukan hanya melibatkan badan kita sahaja, sebaliknya turut melibatkan otot-otot lain seperti pipi kita. Lebih dikenali sebagai ‘yoga face’. Ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah pipi tembam, bahkan ia juga mampu menegangkan kulit wajah anda.
Senaman rahang dapat mengecilkan dan merenggangkan otot pada bahagian pipi. Lakukan dua kali sehari, iaitu apabila bangun tidur dan sebelum tidur.
3. Urut Pipi Anda
Selain daripada senaman, urutan pada wajah anda terutama pipi dapat mengurangkan masalah pipi tembam. Teknik urutan pada wajah ini dipercayai dapat membuang lemak-lemak degil yang terdapat di pipi anda.
Teknik senaman yang dilakukan juga hendaklah halus dan dibuat dengan perlahan. Gunakan krim wajah sebagai ‘pelincir’ kepada urutan anda. Jangan urut muka dengan teknik urutan yang kasar kerana kulit pada muka adalah nipis.
4. Gunakan Teknik Solekan yang Betul
Pastikan anda bersolek mengikut bentuk rahang anda. Pilih warna solekan yang terang pada wajah, kerana dari segi psikologi, warna yang terang akan mempengaruhi pandangan saiz seseorang. Warna cerah akan membuatkan anda kelihatan lebih kecil manakala warna gelap pula akan membuatkan anda nampak lebih besar.
Selain itu, elakkan menggunakan solekan yang tebal, terutama bulatan pada bahagian pipi anda kerana ia akan menyerlahkan lagi pipi tembam anda.
5. Murahkan Senyuman
Salah satu sebab mengapa pipi anda besar dan tembam ialah mungkin kerana kurangnya pergerakan pada bahagian muka anda. Salah satu cara mudah untuk memastikan otot pada muka anda sentiasa bergerak, sekaligus membantu mengatasi masalah pipi tembam ialah dengan murahkan senyuman anda.
Post a Comment