Viral Video Atlet Jepun ‘Belasah’ Jurulatih Lepas Menang Emas
ATLET gusti wanita Jepun, Risako Kawai ada cara unik dalam meraikan kejayaannya memenangi pingat emas dalam acara gusti wanita bawah 63 kilogram.
Kebiasaannya, atlet akan memeluk erat jurulatih selepas berjaya memenangi sesuatu perlawanan tapi hal ini berbeza buat Risako.
Sebaik diumumkan memenangi pertarungan, Risako terus menuju ke arah jurulatihnya, Kazuhito Sakae sebelum ‘membelasah’ jurulatihnya.
Kazuhito yang menjangkakan akan mendapat pelukan, sebaliknya hanya menjadi ‘lauk’ buat anak didiknya.
Aksi lucu dan bersahaja atlet itu terus mewarnai suasana stadium apabila dia mengendong Kazuhito di bahunya.
Dalam perlawanan akhir itu, Risako; 21, berjaya menundukkan atlet Belarus, Mariya Mamashuk yang sekadar berpuas hati di tempat kedua.
Lihat video dibawah:
Best Celebration With Coach : Olympic Wrestling Japan Risako Kawai Slams Coach To The Ground Full
Post a Comment