Twitter Memperkenalkan Sistem Menapis Tweet Yang Ingin Dipapar Pada Susur Masa
Twitter secara peribadi ialah perkhidmatan media sosial kegemaran saya. Ini ialah kerana ia adalah platform terbaik untuk berita terkini dalam bentuk yang mudah dihadam. Tiada karangan panjang berjela dan pautan kepada kandungan menarik hanya di hujung jari. Tetapi ia tidak sempurna. Apabila anda mempunyai jumlah pengikut yang ramai seperti saya, jumlah mention yang diterima setiap hari agak memeningkan.
Oleh itu sistem tapisan yang diperkenalkan Twitter hari ini akan mengurangkan kesukaran ruangan mention yang dibanjiri setiap hari. Pengguna diberikan pilihan untuk hanya melihat mention dari akaun yang diikuti oleh mereka. Ini sekaligus mengurangkan masalah spamming dan komen berbentuk makian dari individu yang tidak dikenali. Tetapan Quality Filter pula menapis tweet yang berganda dan yang dimuat naik menggunakan bot. Penapis ini walaubagaimanapun tidak akan menghalang paparan tweet dari akaun yang anda ikuti dan yang pernah beriteraksi dengan anda.
Fungsi tapisan ini pada asalnya hanya diberikan kepada pemegang akaun verified. Pengenalannya jelas adalah jawapan kepada reaksi negatif terhadap masalah pembuli atas talian yang dialami seorang pelakon Ghostbusters 2016 bulan lalu. Seperti beberapa fitur baru yang diperkenalkan sebelum ini, pengaktifan pada akaun pengguna akan dilakukan secara berperingkat.
SUMBER RUJUKAN: TWITTER
Post a Comment