Resepi Istimewa Popia Basah
Ada penggemar popia basah? Sudah tentu ramai di antara kita yang begitu menggemari popia basah sehingga sanggup mencarinya walaupun jauh terutama di tempat yang popular dan sedap.
Popia basah mempunyai tiga bahagian utama iaitu kulit, inti dan sosnya. Kesedapan popia basah pastinya terletak pada bagaimana anda membuat popia basah itu. Kini, anda boleh membuat popia basah itu sendiri dengan resepi mudah! Kulit popia basah juga mudah didapati di pasaraya dan jika anda inginkan lagi kesedapan kulitnya, anda juga boleh cuba membuatnya sendiri.
Untuk Kulit Popia Basah:
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 biji telur (telur putih sahaja)
5-7 sudu makan minyak masak
5 camca teh garam atau secukupnya
4 1/2 cawan air
Cara Membuat Kulit Popia Basah:
Masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati.
Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaulkan. Pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam.
Tutup adunan dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper.
Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat.
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
4 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
3 senduk masak cili kisar (tambahkan jika anda mahu ia lebih pedas)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
3 sudu gula merah
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Secubit asam jawa
1 1/2 mangkuk air
Tepung jagung (dibancuh dengan air)
Cara membuat:
-Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga garing.
-Kemudian masukkan udang kering/geragau (tumis juga).
-Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tambahkan sos tiram, kicap cair dan gula merah.
-Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau dan biarkan mendidih.
-Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.
Post a Comment