Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Samsung Galaxy Note 7
Samsung Galaxy Note baru sahaja dilancarkan 3 minggu yang lalu. Melalui pemerhatian awal, nampaknya Galaxy Note 7 boleh dikategorikan sebagai ‘king of android phone’ setakat ini. Spesifikasi yang mantap, kebolehan kamera untuk mengambil gambar dengan sangat detail, waterproff dan S-pen antara ciri-ciri yang membuatkan Galaxy Note 7 sempurna.
Dalam pada itu, terdapat satu perkara yang perlu anda beri perhatian kepada Galaxy Note 7 lebih-lebih lagi jika anda berminat untuk mendapatkannya. Masalahnya adalah skrin Galaxy Note 7 lebih mudah. Pada mulanya kami agak sangsi dengan fakta ini memandangkan Galaxy Note 7 menggunakan teknologi skrin Corning Gorilla Glass terbaru iaitu Gorilla Glass 5.
Masalah ini nampaknya hanya berlaku kepada model terbaru Samsung ini sahaja, model lain seperti Galaxy Note 5 dan Galaxy S7 Edge masih boleh dikategorikan sebagai ‘scratch resistant’.
Tonton scratch test ini untuk mendapatkan kepastian.
Galaxy Note 7 - Gorilla Glass 5 Scratch Test - Durability video
Untuk mengatakan ini adalah suatu kelemahan yang besar tidak juga. Penggunaan skrin protector serta mengambil pelan Samsung Screen Protection Plan antara langkah terbaik untuk mengelakkan daripada telefon anda mudah calar dan retak.
Adakah Samsung Galaxy Note 7 merupakan pembelian yang berbaloi? Sudah pasti! Sesuai buat anda yang mahukan telefon high spec, multitasking serta zero lag. Oh ya, Samsung juga telah menambah baik kamera pada Galaxy Note 7 supaya lebih baik daripada Galaxy S7 yang sudah tersedia awesome.
Post a Comment