LeEco Hasilkan Basikal Dengan RAM 4GB
Mungkin sesuatu yang biasa jika sesebuah komputer atau telefon pintar mempunyai kapasiti RAM sebesar 4GB tetapi mungkin agak aneh jika sesebuah basikal mempunyai kemampuan yang sama.
LeEco selaku syarikat daripada China yang semakin berkembang ini mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah basikal yang hadir dengan RAM 4GB. Tidak cukup dengan itu, LeEco Le Syvrac ini hadir dengan sistem telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android serta kuasa 4 teras. Sokongan kamera, speaker, sensor kadar nadi dengan laser penyuluh juga disertakan.
Ciri-ciri yang hadir pada Le Syvrac bakal mengubah cara penggunaan basikal dengan ciri-ciri keselamatan yang terbina. Penggunaan laser bakal memberi indikasi buat pengguna kenderaan besar untuk berhati-hati manakala telefon pintar yang terbina pada basikal ini bakal memberi info kecergasan penggunanya.
LeEco Le Syvrac kini sudah mula dijual di China dengan harga permulaan $800 sehingga $6,000 untuk rekaan karbon penuh. Terdapat beberapa laporan yang mengatakan syarikat ini berminat untuk memperluaskan penjualan basikal ini ke seluruh dunia.
Post a Comment