Laman Web Ini Boleh Mencipta Beratus Logo Untuk Anda
Anda mungkin ingin memulakan bisnes anda tetapi ketandusan idea untuk logo bisnes anda. Kalau anda perlukan bantuan, Mark Maker boleh bantu anda dengan mencipta beratus logo yang anda boleh pilih.
Mark Maker mencipta logo dengan stock design yang sedia ada. Anda pilih logo yang anda suka dan kemudiannya anda boleh perincikan lagi logo itu ikut kreativiti atau citarasa anda.
Jadi, ini mungkin boleh jadi logo bisnes anda atau sebagai reference untuk designer logo anda nanti. Memang basic sangat rekaan yang ditawarkan Mark Maker ini. Tapi boleh lah kalau sekadar nak cuba-cuba dahulu. Kami tetap akan syorkan anda untuk mengupah designer yang bertauliah. Tak rugi untuk invest pada logo produk anda kerana logo itu nanti yang akan menjadi muka depan untuk produk anda.
Reka logo anda di SINI. Di bawah ni beberapa logo yang kami cuba reka melalui website ni. Tapi format gambar yang boleh di download sangat kecil. Pecah kalau dibesarkan. Selamat mencuba!
Sumber: HB
Post a Comment