Huawei OEM Telefon Pintar Android Paling Selamat

                                  

Seperti komputer, telefon pintar juga tidak boleh melarikan diri dari serangan virus, malware dan juga penggodam.

Dalam konteks Android pula, semakin hari dilihat semakin parah. Salah satu puncanya adalah sistem operasi Android dilesenkan dalam bentuk 'Open Source' - yang bermakna setiap orang boleh melihat kod android seterusnya mengeksploitasi sistem telefon pintar itu.

Satu temu ramah awam yang dijalankan oleh Malaysiakini baru-baru ini menyaksikan ramai pengguna-pengguna telefon pintar dilihat tidak gemar atau mengendahkan untuk memasang kemaskini (update) di telefon mereka biarpun ianya langkah tersangat penting dalam memastikan keselamatan di atas talian.

Menerusi satu statistik yang dikeluarkan oleh Duo Security,  sebanyak 32 peratus peranti Android tidak dapat dikemaskini kerana peranti-peranti itu menggunakan versi Android yang lama.

Statistik juga menunjukkan, 51 peratus telefon pintar Android pula masih lagi belum memasang kemaskini keselamatan terbaru.

Ini bermakna, dari kesemua peranti Android yang ada, hanya 17 peratus sahaja peranti Android dipasang dengan kemaskini keselamatan terkini dan terlindung dari eksploitasi virus, malware, penggodam dan sebagainya.

                                  

Tambah Duo, berdasarkan data mereka, 3 dari 10 peranti Android terdedah kepada eksploitasi kritikal yang mana telah dibaiki oleh Google pada awal tahun ini.

Biarpun Google telah mengeluarkan kemaskini dengan pantas, tetapi delay di sebelah pengeluar telefon (OEM) menyebabkan kemaskini-kemaskini itu lambat sampai kepada pengguna.

Huawei Berada Paling Atas Dalam Konteks Keselamatan Android

Menurut Duo, OEM yang paling rajin memperbaiki masalah-masalah keselamatan berkaitan sistem operasi Android adalah Huawei, yang mana 77 peratus dari perantinya sudah dilengkapkan dengan kemaskini keselamatan terkini Android. Ringkasnya, setiap kali Google mengeluarkan kemaskini keselamatan Android, Huawei akan cepat-cepat mengeluarkan kemaskini keselamatan untuk peranti-perantinya.

Ini menjadikan Huawei berada di tempat paling atas dalam konteks keselamatan sistem operasi Android.

"Pengeluar dan syarikat yang menyediakan internet patut bekerjasama untuk membawakan kemaskini automatik kepada pelanggan.

"Dengan melakukan perkara itu, mereka akan mengurangkan masalah kepada pelanggan dan pentadbir IT untuk mengemaskini secara manual, mengurangkan ruang masa kepada penyerang untuk mengeksploitasi kelemahan selepas mereka dihalang serta memberikan sistem operasi yang lebih mantap kepada pengguna tanpa mengorbankan produktiviti bisnes" kata Olabode Anise dari Duo.

 Sumber : Softpedia

No comments

Powered by Blogger.