Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Tapi jangan terkejut sekiranya ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin) ataupun tidak ialah dengan membaca ayat Kursi sebanyak 3x diluar dari kedai. Lebih elok sekiranya dilakukan semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah nak tiup macam bomoh pulak yer. Tiup sahaja perlahan-lahan sampai habis nafas.
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Pergi sahaja kedai lain.
Semoga bermanfaat...
Post a Comment