Antara Produk Nike dan Nama Dewi Yunani

                                     nike


SEBAHAGIAN orang mungkin sudah familiar dengan sebuah logo bertanda semak pada produk - produk sukan . Sebahagian orang juga mungkin sangat menyukai modelnya , meski harganya terbilang tinggi . Ya , Nike Inc sebuah syarikat sport terkemuka di dunia .

Lengkapnya Nike Inc. adalah salah satu syarikat kasut , pakaian dan alat - alat sukan Amerika Syarikat yang merupakan salah satu yang terbesar di dunia . Mereka terkenal kerana menaja beberapa ahli sukan terkenal di dunia seperti Tiger Woods , Ronaldo , Maria Sharapova dan Michael Jordan dan lain-lain .

Tahukah anda dari mana nama Nike itu diambil ? Dikaitkan dengan mitos dewa - dewa , Nike adalah nama dari dewi Yunani .

Dalam mitologi Yunani , Nike ( yang bererti kemenangan ) adalah dewi yang dikaitkan dgn kemenangan dan kejayaan . Bangsa Romawi menyamakan Dewi Nike dengan Dewi Victoria . Menurut berbagai dongeng , Dewi Nike disebutkan sebagai putri dari Pallas ( Titan ) dan Styx ( Dewi Air ) , saudari dari Cratos , Bia dan Zeus .

Dewi Nike dan saudara saudari kandungnya menyertai Zeus pada saat perang melawan Titan. Nike sering digambarkan bersayap dalam lukisan mahupun patung. Sebahagian besar dewa-dewi Yunani kuno dapat melepaskan sayapnya. Nike adalah dewi kekuatan, kelajuan dan kemenangan baik dalam peperangan maupun dalam kompetisi. Nike berteman dekat dgn Athens (dewi kebijaksanaan).

Nike merupakan salah satu dewi yang figurnya digunakan pada duit syiling. Selain itu figur Nike juga digunakan untuk piala FIFA pertama yg dikenali sebagai piala Jules Rimet. Sejak tahun 1928, figur nike digunakan untuk pingat Olimpik musim panas, yg digambarkan sedang memegang daun palem ditangan kiri dan mahkota kemenangan ditangan kanan.

Nah, mengenai reka bentuk logo Nike kenapa hanya gambar tanda pemeriksaan (check) atau semak? Reka bentuk Logo Nike ini bernama Swoosh. Nike "Swoosh" adalah sebuah reka bentuk logo yg dicipta pada tahun 1971 oleh Carolyn Davidson, seorang mahasiswi reka bentuk grafik di Portland State University. Dan digunakan sebagai motif pada kasut sukan sejak tahun 1970-an. Sedangkan tanda semak pada reka bentuk logo syarikat yang disenaraikan sebagai tanda dagang pada tahun 1995.

Jadi, tulisan atau simbol seperti Nike yang diambil dari nama dewa Yunani itu kemungkinan dianggap sebagai syiar bagi kaum mereka, bukan hanya sekadar jenama dagang tapi ada makna terselindung di sebaliknya. [Ra / islampos / lintasme / rumaysho]

No comments

Powered by Blogger.