8 Tip Untuk ‘Fresh Graduate’ Cepat Dapat Kerja
Jika anda seorang graduan yang baru menamatkan pengajian. Apakah persediaan dan perkara yang dilakukan untuk mendapat pekerjaan secepat mungkin?
Di sini saya kongsikan perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapat pekerjaan dengan paling cepat. Perkongsian ini merupakan tip yang paling mudah dan cepat untuk mendapat pekerjaan.
Untuk makluman graduan, terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu dan tidak ada dicatitkan di mana-mana buku.
1. Usaha Sebelum Tamat Belajar
Jika anda berada di semester akhir atau sebelum tamat pengajian, anda digalakkan untuk mula mencari dan menganalisis pasaran kerja terutamanya bidang yang diceburi.
Pada tahap ini anda telah mula membuat semakan syarikat yang terbabit dan berkait dengan bidang tugasan anda. Kenal pasti syarikat tersebut dan senaraikan mengikut priority anda.
Kemudian anda lihat web syarikat-syarikat yang telah disenaraikan bagi memudahkan anda mencari maklumat kekosongan.
2. Masa Rehat Tidak Terlalu Panjang
Tidak memberikan masa yang terlalu panjang untuk berehat “relax la dulu.. penat dah belajar.”
Kebanyakan daripada graduan yang baru menamatkan pengajian lebih gemar memilih duduk di rumah berehat beberapa bulan dengan alasan release tension.
Tidak dapat dinafikan semua orang memerlukan waktu senggang setelah bertahun-tahun berhempas pulas menimba ilmu demi segulung Ijazah. Namun dengan keadaan ekonomi dan persaingan yang ada, sangat tidak digalakkan anda berbuat demikian.
Kekosongan di syarikat terutama bidang yang spesifik biasanya sangat terhad dan jarang diiklankan kekosongannya.
Jika anda tidak peka dengan perkara tersebut kemungkinan besar anda akan terlepas peluang. Anda terpaksa menunggu untuk tahun seterusnya.
Jadi, lebih baik mencuba daripada tidak langsung mencuba. Kerana tindakan mencuba itu akan mendatangkan 1001 peluang kepada diri anda.
3. Lakukan Semakan
Semak maklumat di akhbar dan juga web-web kerjaya/jawatan kosong. Senaraikan kekosongan dan mulakan dengan menghantar resume atau menelefon syarikat tersebut.
Setiap organisasi mempunyai Jabatan Sumber Manusia yang boleh dijadikan rujukan. Setelah meneliti maklumat syarikat dan jawatan yang mungkin ditawarkan di syarikat tersebut, anda boleh Anda boleh menghantar emel untuk sebarang pertanyaan atau menelefon pegawai bahagian pengambilan (recruitment). Anda digalakkan menghantar resume kepada orang yang betul (person incharge).
4. Kaji Trend Pengiklanan
Lihat web setiap syarikat dan analisa trend pengiklanan mengikut bulanan atau tahunan (jika ada) . Beri keutamaan dahulu kepada syarikat tempat anda menjalani praktikal atau internship.
Lihat apakah jenis jawatan yang biasa diiklankan. Sekiranya perjawatan yang biasa di tawarkan itu relevan dan bukan mengikut bidang kelulusan anda, jangan risau anda masih berpeluang dengan melihat bidang tugas perjawatan dan kelulusan secara am atau pun sebaliknya.
Objektif perkara ini dilakukan kerana terdapat sesetengah syarikat yang tidak melihat spesifikasi kelulusan tetapi melihat kepada kompetensi dan karektor calon.
Contohnya jawatan pegawai khidmat pelanggan/ ticketing dan sebagainya. Hal ini sangat penting bagi memudahkan urusan seterusnya.
5. Menganggur It’s Not OK
Cara yang paling berkesan ialah tidak memberi ruang langsung kepada diri anda untuk menganggur. Dalam erti kata yang lain, keluarlah bekerja walaupun hanya menjadi kerani, kurier, cashier di pasaraya atau apa-apa sahaja pekerjaan.
Perkara ini dapat membantu anda memberi pendedahan alam pekerjaan dan pengalaman yang berguna. Ini kerana apabila anda menghadiri sesi temuduga antara perkara yang paling di titik beratkan adalah pengalaman anda bekerja.
Walaupun pekerjaan itu biasa dan bukan setaraf dengan kelulusan anda, paling kurang anda pernah menghadapi situasi orang bawahan dan cara komunikasi yang sepatutnya.
6. Malu Bertanya, Sesat Jalan
Antara perkara lain yang mudah untuk maklumat segera, dengan menelefon terus ke bahagian Sumber Manusia di syarikat tersebut. Tanya seberapa banyak soalan yang anda mahu untuk dapatkan maklumat yang sesuai dengan perjawatan yang anda mahu pohon.
7. Kerja Sambilan
Antara idea lain yang boleh anda praktis adalah dengan menelefon pihak sekolah atau pusat tuisyen untuk bertanyakan kekosongan guru gantian/kontrak (guru sambung belajar, bersalin dan sebagainya).
Walaupun tempohnya tidak lama, tetapi akan membantu menaikkan nilai diri anda. Pengalaman menjadi seorang guru melatih diri untuk berkomunikasi dengan baik, meningkatkan kompetensi di dalam pengucapan awam, lebih bertanggungjawab terhadap orang lain dan sebagainya.
8. Berniaga
Manakala jika anda meminati bidang keusahawan, tahukah anda sebenarnya banyak peluang pekerjaan datang dari syarikat kecil yang memerlukan pembantu jualan dengan kadar segera, seperti kedai butik, pasaraya, kedai makan, kedai peralatan alat tulis, perkhidmatan hotel dan sebagainya.
Siapa tahu peluang wujud apabila anda telah mengenali pelanggan yang ada. Jaringan (network) itu sangat penting untuk masa hadapan.
Walaupun kadangkala gajinya tidaklah lumayan tetapi pengalaman itu yang berharga. Setiap pekerjaan yang kita ceburi mempunyai kemahiran dan kompetensi yang tidak nampak. Pada kebiasaannya semuanya akan wujud setelah anda bekerja di tempat lain yang lebih baik.
Mengapa tidak mahu mencuba dahulu, bekerja adalah lebih baik dari duduk menganggur? Paling kurang lepas untuk membayar pinjaman PTPTN/MARA anda.
Cubalah! anda pasti akan dapat satu pengalaman yang berharga di dalam hidup anda. Nampak mudah tetapi melalui sendiri pengalaman itu lebih mahal ertinya.
Post a Comment