6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin
Sedia maklum nama amatlah penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu. Bercakap melalui pengalaman yang ada, terkadang nama yang diberi tidak sesuai dengan diri seseorang individu itu.
Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.
Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.
Seeloknya elakkanlah daripada mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan kepada anak-anak anda.
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan sahaja. Contohnya nama NUR NAJWA. Jika sebelum ini nama panggilan adalah NAJWA, lebih elok ditukarkan kepada panggilan NUR sahaja.
Namun, sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.
Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu 'dipakai' jin.
Post a Comment