6 Faktor Mendapatkan Anak Kembar

              Mengandung Kembar - Women Online Magazine

Ramai pasangan bahagia bukan sahaja yang baru berkahwin, malah pasangan yang sudah dikurniakan cahaya mata pasti menginginkan kelahiran anak kembar.

Namun begitu, kita sering terdengar ayat seperti, “Keturunan kau ada kembar ke? Kalau tak susahlah nak dapat”. Sebenarnya untuk mendapatkan anak kembar, tidak semestinya disebabkan faktor genetik, tetapi pelbagai faktor lain.

Terdapat 2 jenis kembar:

-Kembar seiras berlaku apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami) dan kemudian embrio itu terbelah menghasilkan 2 embrio.  Embrio akan membahagi menghasilkan dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk.

-Kembar tak seiras berlaku apabila 2 telur (isteri) yang berbeza bersenyawa dengan 2 sperma (suami).  Ini menghasilkan 2 embrio, masing-masing membesar menjadi janin dan akhirnya terhasil dua orang bayi.

Kembar seiras berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa i.e. lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan), tetapi sebaliknya bagi kembar tidak seiras.  Jantina bagi kembar tak seiras boleh jadi sama (lelaki-lelaki atau perempuan perempuan) atau tidak sama (lelaki-perempuan).

Inilah Faktor Mendapatkan Anak Kembar:

1-Genetik
Jika salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, keberangkalian untuk anda juga besar. Hal ini kerana trait mungkin telah diturunkan kepada diri anda. Trait ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2-Bilangan Anak
Semakin tinggi bilangan anak yang anda lahirkan, semakin tinggi peluang anda untuk melahirkan anak kembar selepasnya.

3-Usia
Wanita yang berusia antara 35 hingga 40 tahun ke atas, mempunyai yang lebih tinggi berbanding wanita lain. Ini kerana pada usia ini, wanita lebih cenderung kepada pengambilan rawatan kesuburan.

4-Cara Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi membantu untuk anda melahirkan anak kembar.

5-Berat dan Ketinggian
Bagi wanita yang lebih berat badannya dan lebih ketingginya lebih berpeluang mempunyai anak kembar.

6-Ubat Kesuburan
Sebelum mengandung, jika wanita itu mengambil ubat kesuburan dapat meningkatkan keberangkalian untuk menghasilkan dua ovum dan seterusnya mendapatkan anak kembar.

Bagaimana Doktor Mengetahui Anda Mengandung Anak Kembar?

Apabila doktor memeriksa perut anda, mereka akan merasa dan mengira saiz rahim anda. Kebiasaanya saiz rahim mengandung kembar lebih besar dari tarikh mengandung.  Doktor juga boleh membuat pemeriksaan ultra bunyi untuk melihat bilangan bayi dalam rahim.  Kembar seiras mempunyai jantina yang sama dan boleh dilihat semasa ultra bunyi.  Semasa ultra bunyi, doktor akan melihat kedudukan uri.

No comments

Powered by Blogger.