5 Perkara Penting Orang Muda Patut Lakukan Sebelum Usia 40 Tahun
Hidup hanya sekali. You only live once (YOLO). Ramai orang muda berkata begini. Yang dah tak berapa muda pun adakala cakap begini juga.
Oleh kerana hidup hanya sekali maka semestinya ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda mencapai impian hidup hingga ke tahap maksima.
Dan hidup anda bukan hanya untuk mencapai impian tetapi juga untuk hidup bahagia. Jika ini yang anda mahukan kenalah jadi bijak dan merancang dari muda.
Berikut antara cara untuk anda merancang agar impian anda dapat dicapai sebelum usia menginjak 40 tahun.
1. Lakarkan peta hidup (life road map)
Bukan nak travel saja perlukan peta, hidup pun harus ada peta. Pada setiap tangga usia apakah yang anda ingin capai dalam hidup?
Di setiap tahun, apakah benda atau perkara baru yang ingin anda lakukan, yang boleh bawa anda selangkah ke arah matlamat anda?
Setiap 5 tahun, apakah impian yang akan anda capai. Itulah ‘road map’ hidup anda.
Mereka yang memiliki life road map ada target untuk dicapai dan ini menjadi antara faktor penting yang menolak mereka bergerak ke hadapan.
Tak rugi berimpian besar. Free saja dan tak kena bayar. Only sky is the limit. Yolo lah katakan. Jadi, buatlah semaksima baik.
2. Knowledge is power – ilmu adalah kuncinya
Belajar sebanyaknya tentang ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan. Belajar bagaimana untuk uruskan pendapatan anda dengan berkesan agar apa yang anda belanjakan tidak melebihi pendapatan bulanan.
Belajar juga bagaimana untuk memaksimakan simpanan serta kenal pasti pelaburan yang boleh memberikan anda pendapatan tambahan dalam jangka panjang.
Dan tak ketinggalan belajar untuk kawal nafsu. Jiwa muda memang banyak godaannya.
Elakkan daripada terlalu terikut dengan trend semasa terutama yang melibatkan fesyen dan gajet yang sering bertukar.
Percayalah, jika anda dapat lakukan ini anda sudah pun hampir berjaya kuasai diri anda daripada berbelanja mengikut perasaan dan nafsu. Dan hanya membeli perkara yang perlu sahaja.
Bak kata mat saleh – live within your means. Bermaksud cubalah hidup dan berbelanja di bawah paras kemampuan anda. Bukan sebaliknya.
3. Buat tabungan untuk ‘adventure’
Lakukan hobi dan aktiviti yang memberi kesan positif kepada diri anda. Keluar mengembara, ambil kelas untuk belajar bahasa baru, belajar muzik, tolong orang di kampung-kampung dan mereka yang kurang bernasib baik atau sertai NGO.
Dalam erti kata lain sediakan tabungan untuk anda buat perkara baru yang mencabar diri anda keluar daripada zon selesa.
Jika pendapatan sedia ada tidak cukup untuk tabung ini, anda boleh cuba lakukan kerja sambilan. Bila lagi nak buat semua ni jika bukan di masa anda masih muda dan ada banyak tenaga.
Tak rugi berusaha keras di usia muda sebagai persediaan untuk hari tua.
4. Bayar diri anda dahulu
Jadikan amalan membayar diri anda paling kurang 10% daripada pendapatan bulanan. 10% ini diasingkan untuk simpanan dan tabungan jangka panjang anda.
Selepas bayaran 10% ini dilakukan, barulah agihkan selebihnya untuk perbelanjaan dan membayar hutang PTPTN. Dalam erti kata lain, usah biarkan diri anda menjadi sekadar transit oleh wang hasil titik peluh anda.
Anda perlu ada simpanan untuk kecemasan dan masa depan. Jika bukan diri sendiri yang lakukan, siapa lagi?
5. Mulakan pelaburan di usia muda
Lagi awal anda bermula lagi banyak yang dapat anda simpan. Ini namanya ‘compounded interest’ di mana jumlah wang yang anda simpan dan laburkan dapat digandakan melalui bonus dan dividen tahunan.
Tak kisah lah nak simpan di Tabung Haji, ASB mahu pun unit simpanan amanah. Yang penting cuba untuk bermula daripada seawal gaji pertama anda.
Post a Comment