Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016
Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan tiba beberapa hari dari sekarang. Sememangnya kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak akan meriah tanpa diserikan dengan ucapan Hari Raya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.
Dengan kecanggihan teknologi yang ada masakini, penghantaran ucapan dengan menggunakan telefon bimbit kini menjadi trend seterusnya menggantikan fungsi kad raya.
Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016:
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.
Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang
Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin
Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1437H Minal aidin
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.
Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra
Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
Anda mungkin juga meminati:
Post a Comment