Sindiran Pedas Mamat Khalid Mengenai Isu 'Hina' P. Ramlee Bikin David Teo Terdiam

                post-feature-image

Sebelum ini kecoh apabila kenyataan David Teo yang mengatakan dimana setiap pelakon di bawah naungannya perlu bekerja keras hingga menjadi kaya dan jangan menjadi seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang tinggal di tepi Bukit Bintang.

Kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan banyak pihak bukan sahaja netizen tetapi rakan artis yang lain. Menerusi posting terbaru pengarah Mamat Khalid di laman Facebooknya, beliau telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kenyataan tersebut.

"Susut P Ramlee dahulu pun sebab atas perbuatan manusia seperti awak yang memandang hina , mencari dan memuatnaik segala kehinaan dan keaiban beliau untuk meletakkan beliau di tahap bawah awak,"

"Awak yang rasa lebih bagus dalam dunia perfileman. Awak yang rasa lebih disayangi peminat. Buatlah apa niat suci awak itu tapi tolong jangan guna nama P Ramlee untuk meletakkan awak lebih bagus

“Tolong la...jangan ulang perbuatan mereka yang terdahulu yang sama jahat,” pesan Mamat Khalid.

Bagaimanapun, David Teo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) International Group (MIG), mengakui tidak pernah terniat untuk menghina Seniman Agung P Ramlee.

David dalam kenyataannya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti tersebar di media.

“Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung P Ramlee dan karya-karya beliau.

“Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.

“Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang tergores dengan isu yang sedang diperkatakan sekarang,” katanya.  -sensasi.org

No comments

Powered by Blogger.