Iklan Hari Raya 2016 Yang Mana Menjadi Pilihan?
Sambutan perayaan Aidilfitri pastinya tidak lengkap sekiranya tidak menonton iklan-iklan Hari Raya di kaca televisyen ataupun kini, menerusi YouTube di peranti mudah alih anda.
Setiap tahun, syarikat-syarikat tempatan menampilkan iklan dengan pelbagai tema dan konsep.
Kadang-kala, ada iklan yang menyentuh hati dengan jalan cerita yang begitu menarik.
Iklan Raya Aidilfitri manakah pilihan anda tahun ini?
#Kisah Benar Zika - Masa. Anugerah paling bermakna (Astro)
‘Berikan Masa’ menjadi tema bagi Astro untuk tahun ini. Iklan Astro kali ini mengangkat kisah benar seorang gadis bernama Zika. Kisah Zika menceritakan kisah seorang gadis yang merasakan dirinya diabaikan oleh bapa yang terlalu sibuk bekerja. Mesej yang cuba diselitkan menerusi iklan itu ialah masa merupakah anugerah paling bermakna.
[Raya 2016] Iklan Aidilfitri Astro Berikan Masa - Kisah Benar Zika - Masa. Anugerah paling bermakna
#Siapakah Yang Anda Sayang? (Astro)
Selain Kisah Zika, Astro turut menyiarkan iklan Aidilfitri, “Siapa Yang Anda Sayang” yang memaparkan pengertian #berikanmasa bagi kanak-kanak.
[Raya 2016] Iklan Aidilfitri Astro Berikan Masa – Siapakah Yang Anda Sayang?
#Lepastu (TNB)
Iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) kali ini bertajuk #Lepastu. Ia mengisarkan kisah seorang kanak-kanak bernama Din yang mempunyai banyak kesalahan terhadap bapanya. Dia kemudian memohon maaf pada pagi Raya dengan menceritakan satu persatu kesalahannya. Iklan yang menampilkan elemen lucu,comel dan sedih itu nyata menarik perhatian penonton.
Iklan Raya TNB 2016 - #LepasTu
#Erti Raya (Maghfirah Media Group)
Apakah erti raya bagi kita semua? Saksikan filem pendek Maghfirah (Erti Raya) dibintangi oleh Beto Kusyairy.
Maghfirah Raya 2016: Iklan Raya "Erti Raya" (Beto Kusyairy)
#Rezeki yang dikongsi lebih diberkati (Telekom)
Bertajuk ‘Rezeki yang dikongsi lebih diberkati’, Telekom Malaysia tahun ini tampil dengan mesej yang amat penting, iaitu jangan membazirkan makanan disebalik berilah sumbangan kepada orang yang lebih memerlukannya. Iklan ini mengisahkan Sofea, seorang gadis yang berhati mulia, tidak suka kepada pembaziran. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.
TM Hari Raya 2016 - Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati
#Siberturahim (Samsung)
Syarikat gergasi elektronik ini membawa mesej yang ringkas. Berkongsepkan perbualan keluarga menerusi aplikasi 'WhatsApp', video ini pasti menyentuh hati para penonton.
Iklan Raya Samsung 2016
#Pulang (Zalora)
Diarah oleh pereka fesyen Rizalman Ibrahim, Zalora sekali lagi berjaya menarik perhatian penonton dengan mesej yang begitu menyayat hati. Filem pendek ini turut dibintangi Rizalman serta dua orang anak lelakinya, Umar Nail dan Aali Nail.
Pulang
#Soalan -KS Entourage
'Hargai pengorbanan orang tersayang' - itulah mesej yang disampaikan menerusi filem pendek Raya ini.
SOALAN - SHORT FILM IKLAN RAYA 2016
#Kempen Breeze Raya
Di sebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati. Filem pendek ini memaparkan kemurahan hati seorang kanak-kanak yang sanggup menyumbang pakaian raya yang diminati kepada tabung kebajikan anak yatim. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita curah kasih kepada yang kurang bernasib baik.
Kempen Breeze Raya
#selaludihati (Mydin)
'Selagi nama terukir di hati, selamanya kasih tidak akan berhenti' - itulah meseja yang disampaikan oleh Mydin. Mydin turut menampilkan kisah benar sebuah keluarga yang kehilangan dua beranak dalam kemalangan ngeri.
Selalu dihati
#Rayainimesticun (Watsons)
Iklan raya Watson ini pasti mencuit hati anda!
Watsons #RayaNiMestiCun
#Vroom Vroom (PETRONAS)
Filem web Raya Petronas 2016 bertajuk ‘Vroom Vroom’ pastinya akan membuat penonton tersentuh dengan mesej kekeluargaan dan pentingnya kasih seorang ayah demi anaknya.
#PETRONASRaya 2016: Vroom Vroom
Manakah pilihan anda?
Post a Comment