SEBAK! Inilah Status Terakhir Prof Izzi Sebelum Meninggal Dunia Yang Sangat Meruntun Jiwa

                                post-feature-image


SHAH ALAM: Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang semalam.

Allahyarham yang popular dengan tagline "Renung-renungkan dan selamat beramal" itu dilaporkan meninggal dunia disebabkan strok. Malah, Allahyarham diserang penyakit tersebut seminggu yang lalu.

Pengebumian jenazah diadakan di Terengganu dan selamat disembahyangkan di Masjid Kamunting Jitra semalam.

Namun, Allahyarham sempat memuat naik status meminta maaf kepada semua orang sehari sebelum Ramadhan di laman Facebooknya.

"Saya nak minta maaf zahir batin kepada anda semua. Saya juga maafkan kepada sesiapa jua jika ada yang bersalah dengan saya dan mohon agar ALLAH ampunkan dosa saya dan anda semua.

"Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Moga matlamat/KPI Ramadan this time (kali ini) akan dapat  dicapai. Aamin," kenyataan itu dipetik.

Pada masa yang sama di laman Twitter  milik Allahyarham Prof Izzi, pada hari pertama Ramadhan lalu beliau telah berkongsikan sekeping gambar orang meninggal dunia dengan kepsyen berbunyi seperti berikut.

"Kematian di hari pertama Ramadhan. Walau Ramadhan akan ditempuhi tapi belum tentu melaluinya."

                             SEBAK! Inilah Status Terakhir Prof Izzi Sebelum Meninggal Dunia Yang Sangat Meruntun Jiwa

Ianya seperti sudah mengetahui bahawa Allahyarham tidak sempat melalui Ramadhan pada tahun ini apabila dia telah kembali kepadaNya.

Apapun, takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman

No comments

Powered by Blogger.