Sebab Apa Wanita Suka Lelaki Berjambang
Kepada lelaki yang mahu menang dihati wanita pastikan anda berjambang. Mungkin ini kenyataan yang tidak dipersetujui oleh semua lelaki dan juga wanita. Namun harus diingat berjambang adalah antara ciri-ciri yang lelaki yang menjadi pujaan wanita walaupun bukan semua.
Kenapa ada wanita yang suka lelaki berjambang? adakah nampak seksi, adakah lelaki berjambang lebih macho? Jawapan ada pada wanita itu sendiri sebab naluri orang berbeza-beza, namun dibawah dikongsikan sedikit sebab-sebabnya.
Lelaki berjambang lebih nampak bergaya dari lelaki yang muka jambu dan babyface konon-kononnya. Lelaki berjambang tidak perlu fesyen untuk nampak segak dimata wanita. Pakai apa sahaja boleh nampak terserlah gaya mutu keunggulannya.
Lelaki berjambang nampak bijak. Ini mungkin berdasarkan kepada tokoh-tokoh ilmuan zaman dahulu yang berjambang. Antara yang terkenal adalah Alexander Graham-Bell, Leonardo Da Vinci dan ramai lagi.
Lelaki berjambang adalah lelaki sejati. Lelaki yang boleh diharap diwaktu sukar. Lelaki yang sentiasa ada untuk membantu. Namun ini tidak bermakna yang tidak berjambang tidak boleh diharap. Jangan kecil hati ye lelaki tidak berjambang.
Ingin nampak lebih maskulin berjambanglah wahai lelaki. Jambang yang dijaga dengan rapi menampakkan wajah sebenar lelaki.
Wanita suka lelaki yang berwatak dewasa. Menyimpan jambang antara salah satu cara untuk anda nampak lebih dewasa. Tidak percaya cuba buat, anda akan nampak berbeza selepas dan sebelum berjambang.
Diatas adalah antara sebabnya, mungkin banyak lagi perkara yang menarik yang ada pada lelaki berjambang sehingga mampu menarik minat wanita.
Post a Comment