Harga Minyak Bulan Julai 2016 Petrol RON95 RON97 dan Diesel
Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu.
Untuk info, bermula bulan Julai tahun 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan harga petrol dan diesel adalah berdasarkan sistem apungan terurus berikutan penghapusan subsidi bahan api.
Pemakluman Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel KPDNKK akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan.
Kemaskini Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Untuk informasi bersama, MYsumber akan melengkapkan jadual harga minyak dibawah bagi bulan Julai (7) tahun 2016 selepas mendapat pemakluman harga rasmi pada hari terakhir 30 Jun 2016 (Khamis), waktu malam.
JADUAL DAN SENARAI HARGA MINYAK BULANAN RON95 RON97 DAN DIESEL DI MALAYSIA TAHUN 2016:
Berikut ialah jadual rasmi harga runcit bulanan bagi Petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di Malaysia anjuran tahun 2016:-
Bulan (2016) RON95 (Seliter) RON97 (Seliter) Diesel (Seliter)
Januari 1.85 2.25 1.60
Februari 1.75 2.05 1.35
March 1.60 1.95 1.35
April 1.70 2.05 1.55
Mei 1.70 2.05 1.55
Jun 1.70 2.05 1.55
Julai 1.75 2.10 1.60
Sumber: mysumber
Post a Comment