Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha
Hukum melaksanakan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. Junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. tak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehingga baginda wafat.
Solat sunat hari raya dilaksanakan antara waktu selepas terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan dilakukan secara kepada semua umat Islam tak kira lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba.
Solat sunat Aidilfitri diharuskan dilewatkan sedikit kerana mahu memberi masa kepada sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah.
Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri:
A. Lafaz Takbir Hari Raya
Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya
B. Cara Solat Sunat Aidilfitri
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadis;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi s.a.w. bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
1. Niat Solat Aidilfitri
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
C. Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri
1. Pada rakaat pertama
a. Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselangi tasbih.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ketujuh, baca surah al-Fatihah dan surah lazim.
c. Lakukan rukun seterusnya sebagaimana solat biasa.
2. Rakaat kedua:
i) Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
ii) Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
iii) Teruskan seperti solat yang lain sehingga selesai salam kedua.
d. Perempuan
Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian pada hari itu. Meskipun tidak ikut sama bersolat.
Semoga bermanfaat...selamat menyambut hari Raya Aidilfitri tak lama lagi bakal tiba...

Post a Comment