5 Makanan Boleh Kekalkan Tenaga Di Bulan Puasa
5 Makanan Boleh Kekalkan Tenaga Di Bulan Puasa|PADA waktu sekarang, seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang dikatakan penuh dengan keberkatan dan kemuliaan disisi Allah s.w.t. Jadinya, pada awal-awal bulan Ramadhan semestinya ramai yang akan berasa lesu dan tidak bertenaga, maklumlah puasa hanyalah sekali setahun kan! Nak tahu tak makanan yang bekalkan tenaga di bulan puasa! Jom teruskan membaca dibawah!
5 Makanan Boleh Kekalkan Tenaga Di Bulan Puasa
1) Oat
Oat amat bagus untuk kesihatan jantung dan mengurangkan masalah kolestrol dalam badan malahan ia juga memberi tenaga yang berpanjangan.
Anda boleh makan oat bersama susu rendah lemak, hirisan kurma dan madu semasa sahur.
2) Tembikai
Tahukah anda? Jus tembikai ketika berbuka mampu menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalam tembikai meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
3) Madu
Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi yang baik.
4) Jus Susu Kurma
Nak tahu cara buat jus susu kurma?Kisarkan kurma yang telah direndam di dalam air panas bersama setengah kotak susu segar dan beberapa ketul ais. Boleh ditambahkan sedikit madu untuk tambah kemanisan semula jadi.
Baca juga:
Resepi Jus Susu Kurma
5) Roti Serat
Anda boleh makan roti serat bersama dengan hirisan pisang dan juga mentega kacang ataupun kegemaran orang ramai iaitu dengan Nutella. Ikutlah citarasa anda nak letakkan apa dengan roti tersebut!
Semoga bermanfaat untuk anda yang berpuasa sempena di bulan Ramadhan ini!

Post a Comment